Assalamualaikum
Dah lama juga saya tak update blog ni...memang tandus sungguh. Oleh kerana internet kat rumah tak berapa nak "sihat", sebab tu yang saya jarang online sekarang ni. Anyway, tak banyak perubahan yang berlaku buat masa ni. Saya masih lagi bekerja, masih lagi belajar part time, masih lagi ulang alik dari rumah sendiri ke rumah mama...so far tu je la...Tapi yang saya nak cite hari ni is about bekerja di rumah....
Ramai benar sekarang saya tengok orang bekerja dari rumah ni...berniaga online, jual tudung & shawl, jual kek & cupcake, upah menjahit, katering dan banyak lagi....Bagi mereka yang ada skill, peluang untuk berniaga memang terbuka luas. Campak saja dimana, boleh saja hidup. Berniaga la apa sekali pun, memang laku. Tapi bagi yang masih baru dalam dunia perniagaan, yang kurang modal, yang kurang skill, tapi ada impian untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik...peluang untuk bekerja di rumah ni nampak macam tipis sikit...bagi yang tak ada skill sangat la...macam saya ni...
Terus terang saya katakan, memang tempting untuk bekerja dari rumah ni...tak payah bersusah pergi ke office, tak payah nak tinggalkan kerja-kerja di rumah, boleh mengurus rumah dan bekerja dalam satu masa, ... pendek kata ikut suka kita la nak buat macam mana....cuma samada kita boleh mengekalkan disiplin bekerja atau tidak walaupun dari rumah, itu yang menjadi soal....saya dah hampir 11 tahun bekerja...banyak yang telah saya lihat dalam dunia office and politiknya....makin hari makin mejadi-jadi....namun saya kuatkan semangat saya, sehinggalah sampai satu tahap yang saya tak dapat nak menahan....tapi bila difikirkan balik, nak makan apa pula kalau berhenti kerja?? macam mana nak bantu suami dalam urusan kewangan rumahtangga??
Ada kawan saya yang suggest saya mulakan bisnes secara online...yang macam orang lain buat sekarang ni...tapi saya masih lagi ragu-ragu dengan kebolehan saya, apa sangat la skill yang saya ada?? Menjahit tak pandai, memasak untuk saya dan famili boleh la, buat kek lagi la tak reti, juat tudung dah ramai sangat dah orang buat....apa yang saya pandai buat sebenarnya?? apa skill yang saya ada?? Bila timbul soal ni, baru la nampak betapa tak skillnye saya ni...hehehe....memang sedih, dah berpuluh-puluh tahun hidup atas muka bumi Allah S.W.T ni, masih lagi tercari-cari apa kepandaian dan kebolehan yang saya ada....apa purpose saya sebenarnya???
Saya masih lagi tercari-cari hala tuju saya. Salah satunya ialah apa yang saya mampu lakukan untuk famili saya. Bolehkah saya memberanikan diri untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan di rumah?? Kalau tanya saya kenapa nak berhenti kerja?? Jawapannya, saya pergi kerja dengan jiwa yang kosong. Hati saya bukan disitu lagi. Dah lah kosong, saya banyak keluar belanja nak pergi kerja dari duduk di rumah. Dengan petrol, tol dan parking, gaji saya pun tak cukup untuk itu. Sebab tu, saya befikir unutk mencuba rezeki dengan cara yang lain pula. Salah ke?? Bodoh ke saya untuk berhenti kerja?? Mampu ke saya untuk mencuba nasib dengan cara lain??
Jawapan itu masih saya cari.....