Assalamualaikum
Sedar tak sedar sekarang dah nak masuk setahun saya berumahtangga dengan Cik Abang saya ni. Memang merupakan pengalaman yang amat manis sekali dalam hidup saya. Bergelar isteri kepadanya menjadi suatu penghormatan yang amat besar yang pernah saya terima. Walaupun waktu perkenalan saya dan suami tak lama, tapi keserasian itu ada. Persefahaman pun ada juga. Kasih sayang lahir secara semula jadi bagi kami berdua.
Saya berkenalan dengan suami sewaktu bertugas ditempat yang sama. Lain-lain department ye. Dari awal perkenalan sehinggalah ke hari ini, banyak pengalaman suka duka yang kami tempuhi bersama. Mesti ada merajuk sikit, marah-marah sikit, comel-comel sikit. Itu dah biasa untuk semua pasangan. Alhamdulillah, suami dapat menerima saya seadanya. Saya akui banyak kekurangan saya. Memang tak sempurna. Hal rumahtangga jauh sekali pandainya. Masih banyak yang perlu saya pelajari. Tak putus-putus saya meminta nasihat dan bimbingan mama, mak dan kakak2 ipar serta kawan-kawan. Manalah saya tau nak menjaga orang ni. Setakat diri sendiri pun ala-ala lepas. Tapi itu dah memang lumrah wanita yang baru berumahtangga. Takkan boleh pandai dalam masa sehari, kan? Bak kata suami saya, "perlahan-lahan belajar, saya tak kemana-mana" :) insyaallah, panjang jodoh kami, saya selalu berdoa....
Suami saya orangnya periang, kekadang pendiam juga. Suka melayan komputer, suka tengok DVD. Suka temankan saya beli buku-buku, kekadang dia pun beli juga. Suka melayan saya ketika saya merajuk ( memang kuat merajuk saya ni ) dan juga suka tolong saya masa memasak. Alhamdulillah, suami saya orangnya sederhana, banyak membimbing saya dan mendorong saya untuk maju dunia dan akhirat. Mana yang dia dan saya tak tahu, kami sama-sama belajar. Sampai ambik kelas lagi... :D
Saya berbangga menjadi isterinya. Walaupun kekadang saya sendiri malu nak berjumpa dengan kawan-kawannya, tapi dia yang beria-ia. Katanya dia nak kenalkan saya kepada semua kawan-kawan dan familinya. Saya ni jenis pemalu dan pendiam. Bila jumpa orang baru, memang tak bercakap. Saya jenis yang observe dulu. Lepas tu baru saya selesa untuk bersembang. Suami banyak membantu dalam hal ni. Bila saya senyap, dia yang rancak ajak saya berbual sekali bersama-sama. Hmm...sayang ni....sorry ye, saya lambat sikit nak mesra-mesra ni....
Macam tu orangnya suami saya yang sorang ni. Sepanjang kami bersama, tak pernah dia nak berjanji bulan bintang dengan saya. Hanya yang dia selalu katakan, " saya tak kemana-mana, jika diizinkan Allah S.W.T, abang akan sentiasa ada disisi awak " Itu sudah memadai......
I love you, sayang :)
Memang nampak sangat pemalunya tu. Lepas ni kalau jumpa lagi jangan malu-malu. Selama ned kenal khalid dia memang seorang yang periang, tak banyak kerenah. Dia lelaki yang baik & ned doakan aida & khalid terus bahagia sampai hujung nyawa. Insyallah...
ReplyDeleteterima kasih...aida mmg malu sikit dgn org yang aida x brp kenal...x caya tanya Khalid..masa mula2 kenal dia pun aida x byk ckp...tp insyaallah, kalau kita jumpa lagi, aida bersembang2 la ye :) Khalid mmg seorg yg baik, aida bersyukur dpt husband mcm dia, insyaallah hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat :)
ReplyDelete