Wednesday, May 2, 2012

Challenges

Assalamualaikum,

Dah lama sangat saya tak update apa-apa dalam blog ni. Bukan tak ada bahan nak dicatitkan, cuma masa saja yang tak mengizinkan. Dalam tempoh 2 bulan ni, pelbagai cabaran & dugaan yang saya & suami tempuhi.


Masuk bulan Mac 2012, adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Saya & suami menyambut ala kadar saja. Kami spent time bersama, dinner & movie. Macam masa dating dulu bak kata :) It was sweet & nice. Everything was perfect & fine....suddenly....


7 Mac 2012 - saya & suami bermalam dirumah mama saya sebab hujan yang teramat la lebat sehinggakan sesak teruk nak balik ke rumah kami di Kajang. Jam 3 pagi, adik saya kejutkan kami, lot parking di kondo mama banjir teruk !!! Lintang pukang saya, suami & mama bergegas ke lot parking kereta. Memang air naik paras bumbung kereta-kereta yang parking kat situ...terkedu & tergamam..kereta mama, adik & kereta kami dah ditenggelami air...kereta kami yang baru saja dibeli 3 bulan yang lalu, tenggelam juga :( Memang tak dapat nak dibayangkan kecewa, marah, kesal & macam-macam lagi perasaan yang timbul...saya sendiri tak menyangka kami diuji sebegini...Tapi apa boleh buat, kami akur dengan apa yang menimpa diri kami..selama sebulan setengah kami bertungkus lumus mendapatkan pelbagai bantuan yang ada untuk memperbaiki kereta dan mengukuhkan kewangan kami semula...


Mama selalu kata, mungkin ada hikmah disebalik kesusahan yang kami hadapi...saya & suami pun berharap begitu..memang dalam tempuh masa sebulan lebih ini, kami jadi tak keruan sikit...asyik moody & tension, memang ada effect hubungan kami sikit, tapi kami cepat sedar yang tak selamanya kami akan begini...suatu hari nanti kami merasa bahagia semula.


Mungkin juga dugaan ini nampak kecil, tapi ini yang pertama buat kami dan yang pasti bukan yang terakhir. Saya berdoa agar saya & suami diberi kekuatan dan kesabaran yang kuat untuk mengharungi alam rumahtangga ini. Semoga segala doa & amalan kami diterima & segala dosa & kesalah kami diampunkan oleh Sang Pencipta...amin :)