Thursday, December 29, 2011

Mission Impossible - Ghost Protocol Trailer (HD)



hehehe....tengok wayang malam ni dengan hubby :D

My Love

Assalamualaikum



Sedar tak sedar sekarang dah nak masuk setahun saya berumahtangga dengan Cik Abang saya ni. Memang merupakan pengalaman yang amat manis sekali dalam hidup saya. Bergelar isteri kepadanya menjadi suatu penghormatan yang amat besar yang pernah saya terima. Walaupun waktu perkenalan saya dan suami tak lama, tapi keserasian itu ada. Persefahaman pun ada juga. Kasih sayang lahir secara semula jadi bagi kami berdua.


Saya berkenalan dengan suami sewaktu bertugas ditempat yang sama. Lain-lain department ye. Dari awal perkenalan sehinggalah ke hari ini, banyak pengalaman suka duka yang kami tempuhi bersama. Mesti ada merajuk sikit, marah-marah sikit, comel-comel sikit. Itu dah biasa untuk semua pasangan. Alhamdulillah, suami dapat menerima saya seadanya. Saya akui banyak kekurangan saya. Memang tak sempurna. Hal rumahtangga jauh sekali pandainya. Masih banyak yang perlu saya pelajari. Tak putus-putus saya meminta nasihat dan bimbingan mama, mak dan kakak2 ipar serta kawan-kawan. Manalah saya tau nak menjaga orang ni. Setakat diri sendiri pun ala-ala lepas. Tapi itu dah memang lumrah wanita yang baru berumahtangga. Takkan boleh pandai dalam masa sehari, kan? Bak kata suami saya, "perlahan-lahan belajar, saya tak kemana-mana" :) insyaallah, panjang jodoh kami, saya selalu berdoa....


Suami saya orangnya periang, kekadang pendiam juga. Suka melayan komputer, suka tengok DVD. Suka temankan saya beli buku-buku, kekadang dia pun beli juga. Suka melayan saya ketika saya merajuk ( memang kuat merajuk saya ni ) dan juga suka tolong saya masa memasak. Alhamdulillah, suami saya orangnya sederhana, banyak membimbing saya dan mendorong saya untuk maju dunia dan akhirat. Mana yang dia dan saya tak tahu, kami sama-sama belajar. Sampai ambik kelas lagi... :D


Saya berbangga menjadi isterinya. Walaupun kekadang saya sendiri malu nak berjumpa dengan kawan-kawannya, tapi dia yang beria-ia. Katanya dia nak kenalkan saya kepada semua kawan-kawan dan familinya. Saya ni jenis pemalu dan pendiam. Bila jumpa orang baru, memang tak bercakap. Saya jenis yang observe dulu. Lepas tu baru saya selesa untuk bersembang. Suami banyak membantu dalam hal ni. Bila saya senyap, dia yang rancak ajak saya berbual sekali bersama-sama. Hmm...sayang ni....sorry ye, saya lambat sikit nak mesra-mesra ni....


Macam tu orangnya suami saya yang sorang ni. Sepanjang kami bersama, tak pernah dia nak berjanji bulan bintang dengan saya. Hanya yang dia selalu katakan, " saya tak kemana-mana, jika diizinkan Allah S.W.T, abang akan sentiasa ada disisi awak " Itu sudah memadai......


I love you, sayang :)

Snow White and the Huntsman Trailer 2012 - Official [HD]



I'm waiting for this....fingers cross...

Girls' Generation 소녀시대_THE BOYS_Music Video (KOR ver.)



Dah terkena tempias Korean Wave.....one of the best (in my opinion) from SNSD :)

"A Day in the Life of Real Interpreters" Sydney Pollack


 




Ambition No 1.

Work

Assalamualaikum


Sekarang dah masuk 3 minggu bekerja di tempat baru. Masih banyak yang mesti saya belajar memandangkan cara kerja disini agak berbeza dari tempat lama. Sepanjang 3 minggu saya disini, baru semalam saya kena bertugas secara ad hoc sikit. Senior saya tak ada di office, tetiba ada customer datang untuk inquiry. Nak tak nak, mesti jugalah saya melayan customer semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya dapat buat sale pertama semalam. Happy sangat2. Mudah-mudahan saya dapat menimba seberapa banyak pengalaman yang boleh disini.


Cuma saya bercadang untuk menumpukan kerjaya saya dibidang yang lain. Bukannya tak suka bekerja disini. Amat seronok. Cuma saya rasa dah tiba masanya untuk saya keluar dari 'comfort zone' saya dan mencuba dibidang yang baru. Kalau nak diikutkan rasa takut dan gementar, memang ada. Saya hanya fikirkan sampai bila saya nak meraa takut untuk mencuba nasib dibidang yang saya minati. Saya bercadang nak mengikuti kelas yang bersesuaian dengan bidang yang saya nak ceburi ni. Insyaallah, kalau semuanya berjalan lancar, saya bercadang nak bertukar kerja pertengahan tahun depan. Itu pun kalau menjadi la plan saya ni. Harap2 la ye :)

Interest

Assalamualaikum


What I've heard so far...one person a subjected to one or two interest in one time frame. But can one have multiple interest at once? Kalau ikutkan maybe kelam kabut sikit la. Let's say 'Aminah' suka cooking, sewing, gardening, drawing, painting and 6 more things...nak kata macam mana ye?


Most of the people I've met only restrict themselves to one or two things. Itu pun ada yang kata too busy to have any interest or hobbies. Okay.....


Saya ada quite a number of interest. Some relevent, some tak ada kena mengena langsung. So here goes:-

1. Languages

Saya memang gemar belajar bahasa. Setakat ni sedang belajar Bahasa Jepun & Perancis. Tak la fasih sangat, boleh la sikit-sikit. Itu pun masih berterabur lagi bila bercakap. Tapi nak belajar lagi..nak mencuba lagi. Mana tau boleh tambah belajar bahasa yang lain pula. Angan-angan nak jadi jurubahasa, so kena la mahir dalam pelbagai bahasa, betul tak?


2. Reading

Tabiat suka membaca ni tak payah disuruh. Memang saya suka. Sejak kecil lagi, saya gemar membaca buku cerita or any subject yang saya rasa curious. Little tip..janganlah tegur saya time saya reading...memang akan tarik muka lepas tu..huhuhu..buruk beno perangaikan??

3. Books

Tak payah cakap...memang belambak-lambak kat rumah...satu bilik je dah penuh dengan buku-buku saya & suami...belum lagi kira yang ada kat ruang tamu, kat dapur, kat meja makan, kat bilik tidur, kat bilik mandi pun ada...ish-ish...

4. Travelling

Yang ni bila time ada budget je lah ye....Kalau boleh, nak juga melancong tiap tahun. Tapi kenalah tengok budgetnya dulu. Saya & family banyak berjalan masa saya kecik-kecik dulu. Dah besar kurang sikit. Sekarang dah kahwin, ada planning nak travel dengan suami, cuma belum tentu lagi. Insyaallah, murah rezeki nanti kami rancang nak mengerjakan umrah.

5. Movies & Music

Kegilaan saya & suami. Suka sangat-sangat pergi tengok wayang, konsert, teater. Tak cukup dengan tu, beli DVD & CD berlambak-lambak nak tengok kat rumah. Dah boleh buka kedai video Speedy dah ni...hehe..nak buat macam mana, dah suka... :)



Hmm...nanti saya list kan lagi...ada beberapa lagi ni...saje je, gatal tangan nak buat list panjang-panjang... :)

To My Dear And Loving Husband


 Assalamualaikum


This is one of my favourite poem...especially for my other heart..

To My Dear And Loving Husband
by Anne Bradstreet

If ever two were one then surely we.
If ever man were loved by wife, then thee;
If ever wife were happy in a man,
Compare with me, ye women, if you can.
I prize thy love more than whole mines of gold
Or all the riches that the East doth hold.
My love is such that rivers cannot quench,
Nor aught but love from thee give recompense.
Thy love is such I can no way repay,
The heavens reward thee manifold, I pray.
Then while we live, in love let's so perservere
That when we live no more, we may live ever

Oh...My Life...

Assalamualaikum



Walaupun dah ada blog lain, tapi saya rasa nak start fresh sempena tahun baru 2012 yang akan datang. But still, saya nak update sikit about my life so far...



Sekarang dah dapat job baru kat Damansara. Positionnya tak lah besar mana pun, but memadai dengan pengalaman dan pengetahuan selama saya bekerja dulu. Tempatnya besar sikit dan staffnya ramai jugak. Cuma saya belum sempat berkenalan dengan department lain lagi. Just my department je la. Saya dapat rasakan banyak benda baru yang saya akan belajar ditempat ni. Although, saya tak berapa pasti kesesuaiannya dengan saya. Tempat baru...biasa la. Bukan boleh master dalam sehari. Tapi saya tetap mencuba. Cayokkkk !!!



Al-kisah kereta kesayangan abah saya pulak. Selama ni dok asyik pakai aje kereta dia...memang la best sebab free tak payah bayar. hehehehe....tapi sekarang ni kereta dah banyak meragam...every month masuk workshop...sekali masuk kena bayar 1-2 ribu....memang nangis habis...dah sekat 6-7 bulan macam tu. Sekarang ni in process nak beli kereta baru. Insyaallah akan dapat good news from bank nanti. Kenalah pulangkan balik kereta abah saya ni. Sorry ye bah..dah rosak baru nak bagi balik... ;)



Keadaan kesihatan saya pun bertambah baik. Tak selalu sakit2 macam dulu. Alhamdulillah, syukur...suami pun nampak very happy dengan perubahan saya. Kalau tak selalu muka dia berkerut-kerut risaukan saya. Sekarang dah beransur baik. Alhamdulillah. Satu lagi yang saya suka tentang perubahan ( yang posotif saje ye ) saya & suami, kami sekarang banyak menunaikan solat sunat. Terus terang saya mengaku, saya bukanlah alim sangat. Dulu2 memnag jahil. Tapi alhamdulillah, Allah S.W.T telah membuka pintu hati saya untuk memperbaiki diri. Mungkin bukan dengan cara yang mendadak, tapi saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan2 lalu. Suami pun banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih, sayang.



Ok, update sampai sini dulu. Nanti saya sambung lagi ye. :)

Monday, September 12, 2011

[HD] SNSD BAD GIRL LIVE Performance @ 1st Japan Tour 2011 GIRLS' GENERATION



nice...

Latest

Salam...


Post untuk my latest craze.....







Ikemen Desu Ne ( Drama )
sememangnya cute...macam Korean version 



Ouran High School Host Club ( Drama )
finally...ada jugak dramanya...anime is still the best, though


my all time fav...


tak tau la kenapa...skrg tengah gila lagu2 snsd...

and finally..


saya & suami tersayang....need I say more?

Salam Lebaran

Assalamualaikum..


Walaupun agak lewat sikit, tapi rasanya masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 & ahli keluarga...


Al-kisahnya raya tahun ni saya beraya dirumah mertua di Segamat, Johor....suami tersayang orang Segamat, saya yang tak pernah menjejakkan kaki ke bumi Johor, akhirnya ditakdirkan berkahwin dengan orang sana...hmmm...perasaan beraya dirumah mertua ni agak pelik sikit...iyalah, selama ni beraya dirumah sendiri...dengan family sendiri...sekarang kenalah sesuaikan diri beraya dengan family baru pulak...
Tapi saya akui pengalamannya lain....perasaan rindu pada family terutamanya pada mama amat kuat....nak nangis juga lah masa malam raya hari tu....tapi suami amat prihatin....dia dengan sabar membimbing saya untuk menyesuaikan diri didalam keluarga baru ni....kalau takde dia, memang saya tak dapat tahan rasanya....


keluarga mertua amat ramah dan sporting....saya banyak belajar dari mak mertua tentang cara2 memasak hidangan raya di sana....masih banyak yang saya tak tau...tapi mak sabar mengajar saya macam2 jenis masakan....nak belajar kenalah rajin2 kan diri sikit...walaupun hakikatnya penat jugak la...hehehehe...


Kami beraya di Segamat sampai raya pertama...lepas tu balik ke KL untuk beraya dengan family KL pulak....mama tahun ni nak balik ke Taiping....memang seronok bawa suami tengok kampung kite pulak....macam2 benda nak tunjuk....semua orang nak dikenalkan...sampai suami tak dapat hafal nama family di Taiping.....tak pe la yang....nanti kita balik lagi ye :)


Itulah serba sikit pengalaman saya beraya buat pertama kali sejak bergelar isteri.....alhamdulillah, semua berjalan lancar....kalau ada silap dan salah, harap maafkan aida ye....




Wednesday, May 25, 2011

Hari yang santai...

Assalamualaikum


Seperti biasa, bila ada kelapangan, perkara pertama yang saya akan buat is ..... read....

Dalam koleksi saya yang semakin sarat ni, ada 2 - 3 buku yang saya suka yang amat sangat....


Possession by A.S Byatt



Used & Rare by Lawrence & Nancy Goldstone



Bronte Project by Jennifer Vandever

Selalunya saya akan baca a few dalam satu masa....kekadang saya cepat bosan...sebab tu la ada dua tiga selection....hari ni off day saya, jadi memeraplah saya dirumah, menunggu kepulangan suami...... tsk tsk..




Saturday, May 21, 2011

New Home

Assalamualaikum

Tadi saya dan hubby ke rumah baru kami di Kajang...baru saja hantar semua barang-barang kami kesana...kemas rumah pun belum lagi...belum tetap lagi style apa yang kami mahu...tapi angan-angan tu ada sentiasa...

kalau lah ada rezeki, nak juga hias rumah macam ni....( antara favourite saya )







saya suka gaya fresh, pastel....yang penting nampak airy, tak serabut dengan barang-barang yang banyak....

hmmm, kalau perabot yang ada sekarang, banyaknya warna terang....buat masa ni boleh lah...

( foto credit: Ideal Homes Magazine )


movies...

Assalamualaikum

Semalam waktu lepas keje, saya & hubby ke mid valley...saje je, ronda-ronda, tak tau nak buat apa...kemudian terasa nak tengok wayang pulak...

Sah-sah orang ramai beratur kat GSC...panjang sangat line nya....terus cuba nasib kat GSC The Gardens pulak...kat sana tak ramai sangat tapi filem Pirates Of Caribean dah full house....huhuhu....

Hubby kata takpelah...kita beli tiket untuk hari lain....cantik sikit seatingnya.... :) tapi sebab semalam dah sangap sangat tak tau nak buat apa dah, kami pun belilah tiket untuk filem Insidious. Horror movie tapi bajet tak lah takut sangat......


tapi memang scary gile....dalam dok tengok movie ni, hubby saya siap baca ayat kursi lagi....saya pun beristigfar banyak-banyak....kami ni tak lah minat sangat cite hantu...so far cite-cite hantu yang pernah kami tengok, kira so-so lah....tapi yang ni, siap naik bulu roma lagi....sumpah tak nak tengok lagi cite ni....malam tadi pun tidur, pasang lampu....hehehehe..punya penakutnya kami berdua....but seriously, pada kami cite ni amat mengerunkan....tak sesuai untuk ibu-ibu mengandung & pesakit jantung ye....kami ni pun dah kena heart attack dah semalam....

pada sesiapa yang nakkan cite hantu yang bagus, cubalah tengok cite ni....see if you like it... :)

Tuesday, May 17, 2011

Saje je...

Assalamualaikum


dh lama berbelog ni, tak pernah pun letak gambar2 kenang-kenangan kan?? ok so hari ni saya postkan gambar-gambar masa saya & suami bertunang dolu2....xde la dole sgt...baru last year je..hehehehehe..








sedikit preview gambar2 tunang hari tu....

cepat benar masa berlalu...

skrg dah jadi suami isteri....alhamdulillah....

Monday, May 16, 2011

Ehem...

lama bebeno tak post apa-apa kat belog saya yg gersang ni...
agak sibuk jgk sejak kebelakangan ni...tp masih ada masa jugak nk baca belog orang lain..hehehehe
saya ni mmg silent reader utk belog org lain....
tak komen apa2 pun, cuma suka baca kisah hidup orang lain yg saya rasa menarik..

al maklum la, hidup kite ni baru je nk interesting sejak kawen ni kan...huaaaa
xpe xpe jap lg saya nk update dgn lebih panjang lebar lg...tggu jap..

Sunday, April 10, 2011

Alhamdulillah...

Syukur rasa diri ini, dengan izinNya, sempurna sudah majlis pernikahan, majlis resepsi & majlis bertandang kami berdua...selama sebulan bertungkus lumus, berhempas pulas, menangis, ketawa, kecik hati, gembira...kiranya semua ada...pertolongan dari ahli keluarga juga pun amat2 dihargai...terima kasih semua :) tak terbalas rasanya jasa & pengorbanan kalian semua...akhirnya, dengan restu keluarga dan restuNya, saya & suami, Khalid, selamat bergelar suami isteri....

Hampir setahun kami bercinta, memang banyak yang perlu dipelajari tentang pe'el & sifat masing2...kalau nak diikutkan, setahun tu, belum cukup untuk mengenal hati budi seseorang...tapi saya berpendapat kita akan melalui proses ini sepanjang hayat. Sedangkan orang yang duduk serumah dengan kita dari kecil pun belum lagi masak dengan perangai & sifat kita. Jadi, saya & suami akan melalui proses ini sepanjang hayat kami. Akan belajar mengenal satu sama lain dengan lebih mendalam. Akan lebih mencintai satu sama lain hingga ke akar umbi. Manusia akan selalu berubah2. Sifat juga akan berubah mengikut masa. Akan tetapi saya akan tetap disini, mencintai & menyayangi suami & keluarga saya semampu yang boleh.

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang menyayangi & mencintai saya seadanya. DIa juga banyak memberi dorongan dan sokongan untuk saya lebih berjaya dalam hidup. Katanya, kita akan sama2 memperbaiki kelemahan masing2 supaya dapat serasi bersama. Tidak akan saya sia-siakan kurnian yang diberikan olehNya.

Harapan saya cuma satu...satukanlah roh, hati, jiwa dan jasadku bersama suamiku...agar dapat kami melalui hidup yang penuh cabaran ini bersama dengan lancar...jika ada ujian yang datang, tabahkanlah hati kami & satukanlah hati kami untuk menempuhinya bersama2....Amin...

Friday, March 25, 2011

sememangnya..

lama sudah x update blog saya yang tandus ni...bukannya xde bahan ( walaupun sikit ), cuma sejak dua menjak ni x brp nk sihat...
.
.
.
.
.
.
alkisahnya.....masa majlis akad nikah kena DEMAM PANAS !!!!
.
.
.
dlm banyak2 hari dalam dunia ni, nape la hari aku nak kawen badan pulak buat hal????

tapi xpe, sbb majlis tetap berlangsung dengan meriahnya tanpa saya lepas akad nikah tu...huhuhuhu...sedey tau...x dapat nk makan hari tu...selera xde...badan longlai...photographer pun x sampai hati nak suruh posing lama2...punah harapan nak buat posing gediks2 I...hehehe..
.
.
.
.
semasa dalam keadaan demam tu, sang suami menjaga saya.....thanks so much, abang....kesian, belum apa2 lagi dah kene jaga bini sakit...

agak2 dalam seminggu jugak la demam x reda2....tetapi
.
.
.
.
lepas itu, SAYA KEMBALI BERTENAGA !!!! amalak, macam iklan livita la pulak...hiks2
maka bermulalah lagi proses persiapan majlis resepsi pula...disebabkan majlis pakai pertolongan wedding planner, so, xde la pening sangat...just final touch dengan uncle hussain je...last minute detail ni yang agak rumit...sebab ramai sangat pengarah2 majlis ni...yang pakcik ni nak macam ni, yang makcik tu x nak macam tu...yang ni nak ubah sitting, yang ni nak ubah bunga...
.
.
.
ya ampun, berikanlah kekuatan pada hambaMu ini...jadi saya & cik abang banyakkan bersabar....ni pun majlis keluarga jugak...jadi, diam je la....
.
.
.
dalam kekalutan tu, majlis pada 19/03/2011 di shah alam berlangsung dengan lancar dan teratur...terima kasih kepada semua yang terlibat dari mula sampai habis...
.
.
.
nanti saya uploadkan gambar2nya ...

Thursday, January 20, 2011

post yang lewat..

hari ni dah 20hb januari 2011....baru nak update blog....sedey sungguh...



ok la, macam biasa bila dah tiba tahun baru, azam baru pun berlambak2 la di listkan...antaranya :

1. banyak mendekatkan diri dengan Allah SWT
2. daftar untuk second degree
3. banyakkan lagi memasak di rumah
4. latih diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik ( nak pegang title baru ni ingat sonang ko? )
5. menjadi anak yang lebih bertanggungjawab & prihatin
6. lebih komitted dalam kerja

setakat ni tu je la...


mana la tau nak tambah2 lagi...gatai betoi la...yang ni pun tak tau boleh ka dak...


anyway selamat tahun baru to me, my family, my soon to be family, my fiance and friends !!!!