Thursday, December 29, 2011

Mission Impossible - Ghost Protocol Trailer (HD)



hehehe....tengok wayang malam ni dengan hubby :D

My Love

Assalamualaikum



Sedar tak sedar sekarang dah nak masuk setahun saya berumahtangga dengan Cik Abang saya ni. Memang merupakan pengalaman yang amat manis sekali dalam hidup saya. Bergelar isteri kepadanya menjadi suatu penghormatan yang amat besar yang pernah saya terima. Walaupun waktu perkenalan saya dan suami tak lama, tapi keserasian itu ada. Persefahaman pun ada juga. Kasih sayang lahir secara semula jadi bagi kami berdua.


Saya berkenalan dengan suami sewaktu bertugas ditempat yang sama. Lain-lain department ye. Dari awal perkenalan sehinggalah ke hari ini, banyak pengalaman suka duka yang kami tempuhi bersama. Mesti ada merajuk sikit, marah-marah sikit, comel-comel sikit. Itu dah biasa untuk semua pasangan. Alhamdulillah, suami dapat menerima saya seadanya. Saya akui banyak kekurangan saya. Memang tak sempurna. Hal rumahtangga jauh sekali pandainya. Masih banyak yang perlu saya pelajari. Tak putus-putus saya meminta nasihat dan bimbingan mama, mak dan kakak2 ipar serta kawan-kawan. Manalah saya tau nak menjaga orang ni. Setakat diri sendiri pun ala-ala lepas. Tapi itu dah memang lumrah wanita yang baru berumahtangga. Takkan boleh pandai dalam masa sehari, kan? Bak kata suami saya, "perlahan-lahan belajar, saya tak kemana-mana" :) insyaallah, panjang jodoh kami, saya selalu berdoa....


Suami saya orangnya periang, kekadang pendiam juga. Suka melayan komputer, suka tengok DVD. Suka temankan saya beli buku-buku, kekadang dia pun beli juga. Suka melayan saya ketika saya merajuk ( memang kuat merajuk saya ni ) dan juga suka tolong saya masa memasak. Alhamdulillah, suami saya orangnya sederhana, banyak membimbing saya dan mendorong saya untuk maju dunia dan akhirat. Mana yang dia dan saya tak tahu, kami sama-sama belajar. Sampai ambik kelas lagi... :D


Saya berbangga menjadi isterinya. Walaupun kekadang saya sendiri malu nak berjumpa dengan kawan-kawannya, tapi dia yang beria-ia. Katanya dia nak kenalkan saya kepada semua kawan-kawan dan familinya. Saya ni jenis pemalu dan pendiam. Bila jumpa orang baru, memang tak bercakap. Saya jenis yang observe dulu. Lepas tu baru saya selesa untuk bersembang. Suami banyak membantu dalam hal ni. Bila saya senyap, dia yang rancak ajak saya berbual sekali bersama-sama. Hmm...sayang ni....sorry ye, saya lambat sikit nak mesra-mesra ni....


Macam tu orangnya suami saya yang sorang ni. Sepanjang kami bersama, tak pernah dia nak berjanji bulan bintang dengan saya. Hanya yang dia selalu katakan, " saya tak kemana-mana, jika diizinkan Allah S.W.T, abang akan sentiasa ada disisi awak " Itu sudah memadai......


I love you, sayang :)

Snow White and the Huntsman Trailer 2012 - Official [HD]



I'm waiting for this....fingers cross...

Girls' Generation 소녀시대_THE BOYS_Music Video (KOR ver.)



Dah terkena tempias Korean Wave.....one of the best (in my opinion) from SNSD :)

"A Day in the Life of Real Interpreters" Sydney Pollack


 




Ambition No 1.

Work

Assalamualaikum


Sekarang dah masuk 3 minggu bekerja di tempat baru. Masih banyak yang mesti saya belajar memandangkan cara kerja disini agak berbeza dari tempat lama. Sepanjang 3 minggu saya disini, baru semalam saya kena bertugas secara ad hoc sikit. Senior saya tak ada di office, tetiba ada customer datang untuk inquiry. Nak tak nak, mesti jugalah saya melayan customer semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya dapat buat sale pertama semalam. Happy sangat2. Mudah-mudahan saya dapat menimba seberapa banyak pengalaman yang boleh disini.


Cuma saya bercadang untuk menumpukan kerjaya saya dibidang yang lain. Bukannya tak suka bekerja disini. Amat seronok. Cuma saya rasa dah tiba masanya untuk saya keluar dari 'comfort zone' saya dan mencuba dibidang yang baru. Kalau nak diikutkan rasa takut dan gementar, memang ada. Saya hanya fikirkan sampai bila saya nak meraa takut untuk mencuba nasib dibidang yang saya minati. Saya bercadang nak mengikuti kelas yang bersesuaian dengan bidang yang saya nak ceburi ni. Insyaallah, kalau semuanya berjalan lancar, saya bercadang nak bertukar kerja pertengahan tahun depan. Itu pun kalau menjadi la plan saya ni. Harap2 la ye :)

Interest

Assalamualaikum


What I've heard so far...one person a subjected to one or two interest in one time frame. But can one have multiple interest at once? Kalau ikutkan maybe kelam kabut sikit la. Let's say 'Aminah' suka cooking, sewing, gardening, drawing, painting and 6 more things...nak kata macam mana ye?


Most of the people I've met only restrict themselves to one or two things. Itu pun ada yang kata too busy to have any interest or hobbies. Okay.....


Saya ada quite a number of interest. Some relevent, some tak ada kena mengena langsung. So here goes:-

1. Languages

Saya memang gemar belajar bahasa. Setakat ni sedang belajar Bahasa Jepun & Perancis. Tak la fasih sangat, boleh la sikit-sikit. Itu pun masih berterabur lagi bila bercakap. Tapi nak belajar lagi..nak mencuba lagi. Mana tau boleh tambah belajar bahasa yang lain pula. Angan-angan nak jadi jurubahasa, so kena la mahir dalam pelbagai bahasa, betul tak?


2. Reading

Tabiat suka membaca ni tak payah disuruh. Memang saya suka. Sejak kecil lagi, saya gemar membaca buku cerita or any subject yang saya rasa curious. Little tip..janganlah tegur saya time saya reading...memang akan tarik muka lepas tu..huhuhu..buruk beno perangaikan??

3. Books

Tak payah cakap...memang belambak-lambak kat rumah...satu bilik je dah penuh dengan buku-buku saya & suami...belum lagi kira yang ada kat ruang tamu, kat dapur, kat meja makan, kat bilik tidur, kat bilik mandi pun ada...ish-ish...

4. Travelling

Yang ni bila time ada budget je lah ye....Kalau boleh, nak juga melancong tiap tahun. Tapi kenalah tengok budgetnya dulu. Saya & family banyak berjalan masa saya kecik-kecik dulu. Dah besar kurang sikit. Sekarang dah kahwin, ada planning nak travel dengan suami, cuma belum tentu lagi. Insyaallah, murah rezeki nanti kami rancang nak mengerjakan umrah.

5. Movies & Music

Kegilaan saya & suami. Suka sangat-sangat pergi tengok wayang, konsert, teater. Tak cukup dengan tu, beli DVD & CD berlambak-lambak nak tengok kat rumah. Dah boleh buka kedai video Speedy dah ni...hehe..nak buat macam mana, dah suka... :)



Hmm...nanti saya list kan lagi...ada beberapa lagi ni...saje je, gatal tangan nak buat list panjang-panjang... :)

To My Dear And Loving Husband


 Assalamualaikum


This is one of my favourite poem...especially for my other heart..

To My Dear And Loving Husband
by Anne Bradstreet

If ever two were one then surely we.
If ever man were loved by wife, then thee;
If ever wife were happy in a man,
Compare with me, ye women, if you can.
I prize thy love more than whole mines of gold
Or all the riches that the East doth hold.
My love is such that rivers cannot quench,
Nor aught but love from thee give recompense.
Thy love is such I can no way repay,
The heavens reward thee manifold, I pray.
Then while we live, in love let's so perservere
That when we live no more, we may live ever

Oh...My Life...

Assalamualaikum



Walaupun dah ada blog lain, tapi saya rasa nak start fresh sempena tahun baru 2012 yang akan datang. But still, saya nak update sikit about my life so far...



Sekarang dah dapat job baru kat Damansara. Positionnya tak lah besar mana pun, but memadai dengan pengalaman dan pengetahuan selama saya bekerja dulu. Tempatnya besar sikit dan staffnya ramai jugak. Cuma saya belum sempat berkenalan dengan department lain lagi. Just my department je la. Saya dapat rasakan banyak benda baru yang saya akan belajar ditempat ni. Although, saya tak berapa pasti kesesuaiannya dengan saya. Tempat baru...biasa la. Bukan boleh master dalam sehari. Tapi saya tetap mencuba. Cayokkkk !!!



Al-kisah kereta kesayangan abah saya pulak. Selama ni dok asyik pakai aje kereta dia...memang la best sebab free tak payah bayar. hehehehe....tapi sekarang ni kereta dah banyak meragam...every month masuk workshop...sekali masuk kena bayar 1-2 ribu....memang nangis habis...dah sekat 6-7 bulan macam tu. Sekarang ni in process nak beli kereta baru. Insyaallah akan dapat good news from bank nanti. Kenalah pulangkan balik kereta abah saya ni. Sorry ye bah..dah rosak baru nak bagi balik... ;)



Keadaan kesihatan saya pun bertambah baik. Tak selalu sakit2 macam dulu. Alhamdulillah, syukur...suami pun nampak very happy dengan perubahan saya. Kalau tak selalu muka dia berkerut-kerut risaukan saya. Sekarang dah beransur baik. Alhamdulillah. Satu lagi yang saya suka tentang perubahan ( yang posotif saje ye ) saya & suami, kami sekarang banyak menunaikan solat sunat. Terus terang saya mengaku, saya bukanlah alim sangat. Dulu2 memnag jahil. Tapi alhamdulillah, Allah S.W.T telah membuka pintu hati saya untuk memperbaiki diri. Mungkin bukan dengan cara yang mendadak, tapi saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan2 lalu. Suami pun banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih, sayang.



Ok, update sampai sini dulu. Nanti saya sambung lagi ye. :)