Thursday, December 29, 2011

Interest

Assalamualaikum


What I've heard so far...one person a subjected to one or two interest in one time frame. But can one have multiple interest at once? Kalau ikutkan maybe kelam kabut sikit la. Let's say 'Aminah' suka cooking, sewing, gardening, drawing, painting and 6 more things...nak kata macam mana ye?


Most of the people I've met only restrict themselves to one or two things. Itu pun ada yang kata too busy to have any interest or hobbies. Okay.....


Saya ada quite a number of interest. Some relevent, some tak ada kena mengena langsung. So here goes:-

1. Languages

Saya memang gemar belajar bahasa. Setakat ni sedang belajar Bahasa Jepun & Perancis. Tak la fasih sangat, boleh la sikit-sikit. Itu pun masih berterabur lagi bila bercakap. Tapi nak belajar lagi..nak mencuba lagi. Mana tau boleh tambah belajar bahasa yang lain pula. Angan-angan nak jadi jurubahasa, so kena la mahir dalam pelbagai bahasa, betul tak?


2. Reading

Tabiat suka membaca ni tak payah disuruh. Memang saya suka. Sejak kecil lagi, saya gemar membaca buku cerita or any subject yang saya rasa curious. Little tip..janganlah tegur saya time saya reading...memang akan tarik muka lepas tu..huhuhu..buruk beno perangaikan??

3. Books

Tak payah cakap...memang belambak-lambak kat rumah...satu bilik je dah penuh dengan buku-buku saya & suami...belum lagi kira yang ada kat ruang tamu, kat dapur, kat meja makan, kat bilik tidur, kat bilik mandi pun ada...ish-ish...

4. Travelling

Yang ni bila time ada budget je lah ye....Kalau boleh, nak juga melancong tiap tahun. Tapi kenalah tengok budgetnya dulu. Saya & family banyak berjalan masa saya kecik-kecik dulu. Dah besar kurang sikit. Sekarang dah kahwin, ada planning nak travel dengan suami, cuma belum tentu lagi. Insyaallah, murah rezeki nanti kami rancang nak mengerjakan umrah.

5. Movies & Music

Kegilaan saya & suami. Suka sangat-sangat pergi tengok wayang, konsert, teater. Tak cukup dengan tu, beli DVD & CD berlambak-lambak nak tengok kat rumah. Dah boleh buka kedai video Speedy dah ni...hehe..nak buat macam mana, dah suka... :)



Hmm...nanti saya list kan lagi...ada beberapa lagi ni...saje je, gatal tangan nak buat list panjang-panjang... :)

No comments:

Post a Comment